Friday, April 01, 2005

mytheory18

mytheory18

Perbodohkan Diri: April fool


1 April terkenal dengan April Fool nya. Hari di mana kebodohan disambut dan memperbodohkan orang menjadi agenda. Hari yang mana jika anda tak memperbodohkan orang atau diri sendiri (sekurang-kurangnya), anda akan dipandang bodoh.

Saya tidak menulis ini untuk membuat lawak bodoh. Saya tidak menulis ini untuk mempermainkan sesiapa. Namun dalam tulisan ini, akan ada satu pihak yang akan dibodohkan. Tolong bezakan itu,ya. April Fool memperbodohkan orang dan saya pula membodohkan orang.

Ia tak sama. Memperbodohkan orang bererti membuatkan orang itu nampak bodoh dan merasa dia bodoh. Sedang membodohkan orang pula mengatakan orang bodoh, sedang dia sendiri mungkin langsung tak merasa bodoh. Memperbodohkan orang bagi saya adalah perbuatan mereka yang tidak yakin dengan diri sendiri dan langsung tak tahu menilai orang lain. Tidaklah perbuatan membodohkan orang itu mulia, tapi kekadang ia perlu untuk menyedarkan mereka yang lena dalam celik.

...........

Sejarah April Fool bermula dengan orang Moors. Siapa itu orang Moors? Orang Islam semacam saya dan awak juga. Bahkan pada waktu dulu, orang Moors itu secara umumnya dirujuk kepada orang Islam seluruhnya. Khususnya Moors itu adalah orang Islam yang tinggal di Sepanyol. Moors ini boleh jadi Arab, Eropah atau Russia. Ada tidak Melayu saya tidak pasti.

Tapi bukan maknanya tiada Melayu, bolehlah kita buat tidak hirau saja. Ini kisah sejarah, ini kisah manusia ditipu dan ditindas hidup-hidup. Ini kisah manusia dilayan macam binatang.

Tersebutlah oleh sejarah yang pada satu waktu itu, tentera Islam telah dikalahkan oleh tentera Kristian. Kemenangan ini telah disambut secara besar-besaran. Entah kenapa, tentera-tentera 'kemerdekaan Sepanyol' ini benci benar pada Islam. Dibakar masjid-masjid, bangunan berciri Islam dan segala macam lagi yang ada kaitan dengan orang islam. Kalau boleh, biar hilang semua jejak, biar tiada segala bukti.

Ketakutanlah masyarakat Islam waktu itu. Mujurlah mereka masih punya tempat kediaman untuk berlindung. Namun apabila nak berjemaah pun tidak boleh, nak azan pun tidak boleh, orang Islam sudah tidak tahan lagi. Biarlah mereka membawa diri ke tempat yang sesuai.

Lalu mereka mohon pada penguasa waktu itu untuk berhijrah dari tempat itu. Biarlah mereka ke tempat lain yang boleh mereka tinggal dengan aman. Selepas berhempas pulas, akhirnya bersetujulah penguasa untuk membenarkan mereka pergi.

Tapi, ya ada tapinya. Mereka hanya boleh keluar sehelai sepinggang. Harta benda semua wajib ditinggalkan di rumah. Mereka perlu keluar beramai-ramai dan sekaligus. Naik kapal bekas tentera Islam yang sudah banyak rosaknya. Dan mereka wajib tarikh untuk mereka keluar adalah pada 1 April.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Berbondong-bondonglah keluar umat Islam daripada kediaman-kediaman mereka. Ditinggal segala harta dan keperluan. Malang buat mereka, apabila tiba di pelabuhan kebanyakan kapal sudah dibakar. Hendak berpatah kembali, dilihat berkepul-kepul asap daripada kawasan kediaman mereka. Semuanya dibakar. Semuanya dimusnah.

Mereka ditipu. Mereka dihina sehina-hinanya. Tatkala orang Islam melihat semuanya musnah dalam keadaan yang lemah dan pilu, tentera-tentera Sepanyol ini ketawa berdekah-dekah melihat mereka. Mereka ketawa sehingga tergolek-golek. Hingga keluar segala macam air mata, hingus. Kelakarnya!

Mereka tidak tahu apa sepatutnya mereka rasa. Mereka diperbodohkan. Mereka diberi harapan palsu. Mereka di fool kan.

................


Dan Mark Twain pernah berkata:

" The first of April is the day we remember what we are the other 364 days of the year"


Berbanggalah sesiapa yang menyambut April Fool, kerana mereka telah membuktikan siapa mereka sebenarnya.

Semakin bodoh, semakin terlampau lawak mereka, maka makin terpapar dan jelaslah betapa bodoh dan bangangnya mereka yang sebenarnya. Amat-amat sangat, dan kebodohan yang cuba disembunyikan itu akhirnya tersingkap juga. April Fool akhirnya menjadi satu sempadan antara mereka yang berakal dan mereka yang bodoh.

Bergembiralah kalian! Namun ingat, hanya syaitan sahaja yang gembira dengan menghina manusia.

2 Comments:

At 11:03 AM, Anonymous Anonymous said...

Asskamualaikum... Alhamdulillah... bagus apa yang anda lakukan ini... Tapi saya musykil sedikit.. sebab saya ada dengar mengenai kisah April fool ini jugak tapi berlainan sedikitlah.... denagr kisahnya pada hari itu tawanan Islam dilepaskan dan kan dihantar kembali ke tempat mereka... Umat Islam ketika itu punyalah suka.... Tapi apabila mereka naik atas kapal itu.... Kapal itu dibakar... Tertipulah tawanan umat Islam... dengan pemerintah Kafir tersebut menyebut APRIL FOOL.. Peristiwa ini berlaku pada 1 April... Hahhh...itulah ceritanya yang saya dengar.. Jadi saya confuselah.. mana satu yang betul ceritanya ni.... Anda dapat cerita ini daripada siapa?Bukan nak marah cuma nak pastikan.. Manalah tahukan entah-entah cerita anda yang betul tapi saya yang salah... jadi tolong carikan saya maklumat yang betul ye.. Terima kasih..

 
At 2:16 PM, Anonymous Anonymous said...

Very nice site! Air bed sofa Leadership training coaching nlp courses bridge free game line yahoo Spyware removal spybotcom Long beach medical insurance dildos buspir buspae buspar bspar Term insurance houston Full eyes contact lens non evasive facelift Medicare drug plan comparison Armenian dances pt. 1 cieling mounts projectors red lizard leather club chair 2002 thor wanderer wagon awning Levaquin 500 mg tablet mcn http://www.cashadvance9.info/Big-kitchen-chair.html

 

Post a Comment

<< Home